Jasad Ratu Elizabeth II disemadikan bersama dua barang kemas - Utusan Malaysia

Jasad Ratu Elizabeth II disemadikan bersama dua barang kemas

JASAD Ratu Elizabeth II mungkin disemadikan bersama cincin perkahwinan dibuat daripada emas Wales dan sepasang anting-anting mutiara. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Seorang pakar sejarah diraja menjangka jasad Ratu Elizabeth II akan disemadikan dengan hanya dua barang kemas yang mempunyai nilai sentimental tersendiri kepada mendiang.

Lapor Daily Mail, Ketua Unit Komunikasi di Majlis Berlian Asli, Lisa Levinson berkata, kemungkinan besar jasad mendiang akan disemadikan bersama cincin perkahwinan emas Wales yang ringkas dan sepasang anting-anting mutiara.

Menurut Levinson, cincin pertunangan Ratu Elizabeth yang mengandungi berlian diambil daripada tiara milik ibu Putera Philip iaitu Puteri Alice, pula mungkin diberikan kepada anak perempuannya, Puteri Anne.

“Mendiang merupakan seorang wanita yang sangat merendah diri dan tidak mungkin memakai apa-apa selain cincin perkahwinannya yang dibuat  daripada emas Wales dan sepasang anting-anting mutiara,” katanya.

Ia merupakan tradisi diraja untuk memiliki cincin perkahwinan yang dibuat daripada emas Wales.

Dilaporkan, baginda memiliki pelbagai koleksi barang kemas yang dikatakan mencecah sehingga 300 koleksi termasuk 98 kerongsang, 34 pasang subang dan 15 bentuk cincin.

Dalam pada itu, Levinson berkata, sebahagian besar barang kemas milik Ratu Elizabeth II akan dikekalkan dalam koleksi diraja dan bukannya disemadikan bersama jasad mendiang.

“Ini kerana kehidupan baginda sentiasa mempunyai kaitan dengan warisan keluarga diraja Britain dan Komanwel.

“Barang kemas baginda turut merupakan sebahagian besar daripada warisan itu,” katanya. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN