Jangkaan lebih 80 peratus empat wilayah Ukraine akan sertai Russia

Jangkaan lebih 80 peratus empat wilayah Ukraine akan sertai Russia

KHERSON menjadi wilayah pertama yang jatuh ke tangan Russia selepas peperangan berlaku pada Februari lalu. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KYIV: Proses pengundian sama ada untuk keluar dari Ukraine dan menyertai sebahagian Russia atau sebaliknya melibatkan empat wilayah Ukraine berakhir semalam.

Agensi berita RIA Novosti melaporkan, Presiden Vladimir Putin mungkin akan menyampaikan ucapan penuh berhubung perkara tersebut pada Jumaat ini.

Ukraine sehingga kini menentang sekeras-kerasnya pengundian tersebut dan berikrar untuk tidak mengiktiraf keputusan sekiranya empat wilayah berkenaan ingin menyertai Russia.

Berikut merupakan empat wilayah yang terlibat dalam pengundian tersebut.

1) Lugansk

Wilayah Lugansk menempatkan 2.1 juta penduduk sebelum perang Russia-Ukraine berlangsung, selain bersempadan dengan Russia menerusi tiga bahagian.

Ukraine menilai kira-kira 98 peratus kemungkinan wilayah itu akan menyertai Russia, sekali gus mendahului tiga wilayah lain.

Sehingga Russia melancarkan serangan pada 24 Februari lalu, kumpulan pemisah pro-Moscow menguasai hampir separuh daripada wilayah itu sejak 2014.

Russia berjaya menyingkirkan kehadiran tentera Ukraine di wilayah itu pada Julai lalu selepas pertempuran selama beberapa bulan, sekali gus dilihat sebagai kejayaan terbesar yang dicapai Moscow.

Namun, kejayaan itu tidak bertahan lama apabila tentera Ukraine menakluk kembali wilayah itu pada bulan ini.

2) Donetsk

Wilayah itu mengandungi kira-kira 4.1 juta penduduk dan terletak di pangkalan perlombongan serta keluli di kawasan Donbas yang lebih luas, selain menjadi rumah kepada bandar terbesar Ukraine, yang juga dinamakan Donetsk.

Kira-kira separuh daripada wilayah yang rakyatnya bertutur bahasa Russia itu dikawal kumpulan pemisah pro-Moscow sejak 2014.

Bersempadan dengan Laut Hitam, bandar pelabuhannya, Mariupol sebelum ini menjadi medan pertempuran hebat antara tentera Russia dan Ukraine.

Pihak berkuasa Ukraine memaklumkan, dua per tiga wilayah itu berada dalam kawalan Russia.

3) Zaporizhzhia

Menempatkan loji nuklear terbesar di Eropah dan wilayah itu mempunyai 1.6 juta populasi, selain bersempadan dengan Laut Hitam.

Dalam kalangan empat wilayah yang terlibat dalam pengundian tersebut, Zaporizhzhia mempunyai ‘jangkaan paling kecil’ untuk menyertai Russia.

Bandar utamanya masih dikuasai Ukraine, biarpun Moscow mengawal pelabuhan utamanya.

Pasukan tentera Russia menawan loji nuklear Zaporizhzhia pada Mac lalu dan sehingga kini, keadaan masih tegang, menyaksikan beberapa pertempuran berlaku.

4) Kherson

Wilayah itu terletak di bahagian barat Ukraine dan menjadi wilayah pertama yang jatuh ke tangan Russia ketika peperangan berlaku.

Dengan populasi dianggarkan sejuta sebelum perang berlaku, Kherson terkenal dengan industri agrikultur.

Sungai Dnieper menjadi sumber utama kepada sektor pertanian di wilayah tersebut.

Serangan balas oleh tentera Ukraine pada Ogos lalu menyebabkan tentera Russia berundur.

Sehingga kini, dijangka 83 peratus Kherson akan menyertai Russia. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya