Jambatan runtuh ketika dilalui, kereta terhumban dalam sungai

Jambatan runtuh ketika dilalui, kereta terhumban dalam sungai

BAHAGIAN tengah jambatan yang terletak di lebuh raya di Careiro, Amazonas, Brazil runtuh menyebabkan tiga maut. - REUTERS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BRASILIA: Sekurang-kurangnya tiga maut dan 15 lagi hilang akibat sejumlah kenderaan terhumban ke dalam sungai selepas jambatan yang dilalui runtuh.

Kejadian itu berlaku di utara Brazil, di negeri Amazonas.

Jabatan Bomba Amazonas kini giat melakukan operasi mencari dan menyelamat mangsa yang hilang selepas jambatan di lebuh raya BR-319 di pekan Careiro, runtuh.

Ketika kejadian, terdapat sejumlah kenderaan melaluinya, menyebabkan 14 cedera.

Beberapa imej yang dikongsi pihak berkuasa menunjukkan bahagian tengah jambatan itu runtuh dan sejumlah kenderaan terhumban ke dalam sungai.

Media tempatan melaporkan, jambatan itu mengalami masalah keretakan sehingga menyebabkan kesesakan lalu lintas, sebelum ia runtuh.

Sehingga kini, kerajaan negeri Amazonas tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung insiden tersebut. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya