Indonesia siasat kebocoran data kerajaan - Utusan Malaysia

Indonesia siasat kebocoran data kerajaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Indonesia menubuhkan pasukan tindak balas kecemasan bagi menyiasat kebocoran sejumlah data milik tokoh masyarakat dan surat-surat yang ditujukan kepada Presiden Joko Widodo (Jokowi).

Menteri Komunikasi dan Teknologi Maklumat, Johnny G Plate berkata, pasukan itu bakal dianggotai Badan Siber dan Enkripsi Negara, polis dan Badan Perisikan Negara.

“Kesemua badan itu akan meneliti data yang dibocorkan, termasuk yang dilakukan oleh penggodam ‘Bjorka’,” katanya selepas mengadakan pertemuan dengan Jokowi, kelmarin.

Jelas Johnny, semakan awal mendapati kebocoran data itu berstatus umum dan bukannya melibatkan data spesifik yang terkini.

Sepanjang minggu lalu, Bjorka mendakwa memperoleh sejumlah data milik kementerian, termasuk surat milik Jokowi dan surat dari agensi perisikan.

Johnny turut memaklumkan, kementerian masih menunggu jadual perbahasan di Parlimen mengenai rang undang-undang perlindungan data untuk mengukuhkan infrastruktur keselamatan siber di negara ini.

Dalam pada itu, pengamal keselamatan siber, Pratama Dahlian Persadha menyatakan, setiap data yang bocor itu perlu dimaklumkan segera bagi membuat penilaian.

Pratama turut menegaskan, masyarakat berhak mengetahui langkah-langkah pemulihan data yang dilakukan kerajaan sekiranya berlaku kes kebocoran data akibat digodam.

“Selama ini, kes kebocoran data di negara ini tidak berdepan dengan tindakan undang-undang yang berat, oleh hal demikian, banyak pihak tidak tahu apa yang dilakukan kerajaan untuk mengawal kejadian itu.

“Pengelola data kerajaan mahupun swasta seharusnya segera melakukan penilaian jika berlaku kebocoran data, walaupun hanya melibatkan kes yang kecil,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN