Gempa susulan gegar Taiwan, 150 cedera - Utusan Malaysia

Gempa susulan gegar Taiwan, 150 cedera

KEADAAN jambatan Kaoliao di daerah Hualien, timur Taiwan yang runtuh akibat gempa bumi. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAIPEI: Beberapa gempa susulan menggegarkan tenggara Taiwan termasuk gempa berukuran 5.5 magnitud melanda ibu negara itu.   

Gempa susulan berlaku sehari selepas gegaran lebih kuat mengakibatkan seorang maut dan kira-kira 150 cedera.   

Menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGC), kejadian gempa bumi terbaharu berlaku sekitar 10 pagi (waktu tempatan), kira-kira 66 kilometer selatan-barat daya pantai Hualien pada kedalaman 13 kilometer

Biro cuaca Taiwan melaporkan gempa bumi itu berukuran 5.9 skala Richter.

Kawasan luar bandar dan yang mempunyai jumlah penduduk kecil di tenggara Taiwan dikejutkan dengan siri gegaran sejak Sabtu lalu.

Gempa paling kuat iaitu berukuran 6.9 magnitud melanda petang Ahad sehingga menyebabkan jalan raya dan sejumlah kecil rumah terletak di bandar Yuli, musnah.  

Dilaporkan, sekurang-kurangnya seorang maut di bandar Yuli.

Menurut pihak berkuasa, empat mangsa berjaya diselamatkan dari sebuah bangunan yang runtuh manakala seramai 146 orang mengalami kecederaan. 

Taiwan kerap dilanda gempa bumi dan kebanyakannya menyebabkan kerosakan minimum, namun wilayah separa autonomi itu juga mempunyai sejarah panjang bencana maut.

Hualien yang merupakan kawasan pelancongan dilanda gempa bumi berukuran 6.4 magnitud pada 2018 sehingga mengorbankan 17 orang dan mencederakan hampir 300 orang. 

Pada September 1999, gempa bumi berukuran 7.6 magnitud mengorbankan kira-kira 2,400 orang dalam bencana paling dahsyat dalam sejarah negara itu. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya