Gempa bumi kuat landa Taiwan, Jepun keluar amaran Tsunami

Gempa bumi kuat landa Taiwan, Jepun keluar amaran Tsunami

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAIPEI: Gempa bumi kuat melanda pantai tenggara Taiwan hari ini sehingga menyebabkan sebuah bangunan runtuh di sebuah bandar kecil dan amaran Tsunami dikeluarkan oleh Jepun.

Gegaran yang berlaku pada pukul 2.44 petang (waktu tempatan), kira-kira 50 kilometer di utara bandar Taitung pada kedalaman 10 kilometer.

Menurut USGS, gempa berukuran 6.9 skala Richter menyebabkan penduduk panik berlari dari arah bangunan yang runtuh.

Wartawan AFP memaklumkan gegaran turut dirasakan di ibu negara Taipei.

Gempa yang berlaku hari ini disifatkan lebih kuat berbanding gegaran yang melanda wilayah sama semalam dengan kerosakan minimum di kawasan pergunungan.-AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN