Gempa bumi 6.2 magnitud landa wilayah Papua - Utusan Malaysia

Gempa bumi 6.2 magnitud landa wilayah Papua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Gempa bumi berukuran 6.2 skala Ritcher melanda wilayah Papua, Indonesia pada pagi tadi.

Ia diikuti dengan gempa susulan berskala 5.8 magnitud beberapa minit kemudian.

Menurut Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGC), kedua-dua gempa melanda pada kedalaman agak cetek iaitu 15 kilometer, kira-kira 272 kilometer dari bandar Abepura.

Gempa ketiga berukuran 5.9 magnitud kemudian melanda kawasan itu pada kedalaman 32 kilometer.

Setakat ini, tiada kemalangan jiwa atau kerosakan dilaporkan oleh pihak berkuasa.

Namun, Agensi Meteorologi, Iklim dan Geofizik Indonesia (BMKG) menerusi ciapan di Twitter memberi amaran mengenai potensi gegaran sederhana dan kerosakan ringan yang berlaku.

Indonesia terletak di lokasi dikenali sebagai ‘Lingkaran Api Pasifik’, di mana plat tektonik yang berbeza dari kerak bumi bertemu dan mencipta aktiviti seismik yang kerap. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN