Gabenor Papua sering berjudi di Malaysia dan Singapura - Utusan Malaysia

Gabenor Papua sering berjudi di Malaysia dan Singapura

LUKAS ENEMBE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAYAPURA: Sejumlah tokoh masyarakat di wilayah Papua menzahirkan rasa kecewa terhadap Gabenor Papua, Lukas Enembe yang didedahkan sering berjudi di luar negara.

Setiausaha Agung Sinode Kingmi Papua, Jones Wenda berkata, judi merupakan penyakit sosial yang paling teruk dan sukar dibendung sekiranya sudah terlibat.

“Kami mewakili masyarakat beragama Kristian juga kecewa dengan sikap Lukas.

“Kami sering mengingatkan masyarakat bahawa judi itu merupakan satu dosa dan kesalahan yang besar.

“Namun, mereka (masyarakat) melihat pemimpin pun turut berjudi, bagaimana dengan semua nasihat yang kami berikan sebelum ini?,” soalnya.

Jones menegaskan, sebagai pemimpin, Lukas sepatutnya menunjukkan teladan yang baik kepada masyarakat, bukannya melakukan perkara yang boleh menimbulkan perpecahan komuniti.

Lukas sebelum ini dilaporkan sering berjudi di beberapa negara jiran termasuk Malaysia dan Singapura.

Perkara itu didedahkan selepas beliau didakwa terlibat dalam skandal rasuah bernilai 1 bilion rupiah (RM304,1090).

Selain itu, beliau juga mempunyai beberapa akaun yang jumlah wangnya dianggarkan bernilai 71 bilion rupiah (RM21.6 juta) yang ketika ini sudah disekat pihak berkuasa.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (KPK) sudah memanggil Lukas untuk memberi keterangan berhubung dakwaan terhadapnya pada 12 September lalu.

Namun, pemimpin Papua itu tidak dapat menghadirkan diri kerana memaklumkan beliau tidak sihat.

KPK kemudiannya menerusi surat panggilan kedua meminta Lukas hadir memberi keterangan berhubung kesnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.