TOKYO: Sekurang-kurangnya empat orang maut selepas Taufan Nanmadol melanda Jepun pada hujung minggu lalu, kata jurucakap kerajaan.
Ribut yang kuat itu mendarat di bandar barat daya Kagoshima pada malam Ahad sehingga menyebabkan hujan lebat merentasi wilayah Kyushu sebelum bergerak sepanjang pantai barat.
Menjelang pagi tadi, ribut itu itu bergerak perlahan menjadi angin puting beliung ekstratropika apabila ia menyeberangi pantai timur laut dan menuju ke laut.
Ribut itu menumbangkan pokok, memecahkan tingkap dan menyebabkan taburan hujan selama sebulan diperoleh dalam tempoh 24 jam di bahagian wilayah Miyazaki.
Jurucakap kerajaan, Hirozaku Matsuno berkata, pihak berkuasa masih sedang mencari seorang mangsa yang masih hilang.
Katanya, sekurang-kurangnya 114 orang cedera termasuk 14 dalam keadaan parah.
Dilaporkan, kira-kira 140,000 rumah masih terputus bekalan elektrik di seluruh negara yang sebahagian besarnya di wilayah Kyushu.
Jepun ketika ini dilanda musim taufan dan menghadapi kira-kira 20 ribut seperti itu setiap tahun. – AFP