Elak disaman, lelaki tawar khidmat mengaku kesalahan trafik bagi pemandu lain - Utusan Malaysia

Elak disaman, lelaki tawar khidmat mengaku kesalahan trafik bagi pemandu lain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MADRID: Polis berjaya memberkas seorang lelaki yang menawarkan perkhidmatan mengaku kesalahan lalu lintas yang dilakukan pemandu lain bagi mengelakkan pelanggannya dikenakan saman.

Lapor Oddity Central, lelaki berasal dari Armenia itu sudah berurusan bagi hampir 100 individu lain demi mendapatkan wang dalam usaha memastikan rekod pemanduan pelanggannya kekal bersih.

Suspek mengenakan caj antara 75 hingga 200 pound (RM336 hingga RM897) bagi setiap mata yang ditolak daripada lesen memandunya.

Kegiatan lelaki itu mula dihidu pada pertengahan tahun lalu, selepas Pengawal Trafik Awam Mallorca menyiasat satu insiden melibatkan seorang penunggang motosikal yang ditahan bagi melakukan ujian pernafasan.

Ketika ditahan, lelaki tersebut didapati melakukan beberapa kesalahan berbeza.

Bagaimanapun, selepas polis mengeluarkan notis saman terhadapnya, seorang lelaki lain muncul dan mendakwa dia merupakan pesalah kepada semua kesalahan lelaki berkenaan.

Selepas disiasat, polis mendapati suspek tidak mempunyai lesen motosikal dan tidak berada di Mallorca pada hari penunggang motosikal itu disaman.

Siasatan lanjut mendapati lelaki Armenia itu mengaku membuat beberapa kesalahan trafik selain lesen memandunya digantung.

“Suspek mengaku menjadi penunggang pada motosikal yang didapati melakukan kesalahan trafik, meskipun nama pemilik kenderaan adalah individu lain,” kata polis.

Pihak berkuasa Sepanyol menahan lelaki tersebut kerana mengiklankan perkhidmatan luar biasa itu secara dalam talian.

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.