Ekonomi Indonesia berisiko meleset 2023

Ekonomi Indonesia berisiko meleset 2023

PEKERJA memakai jaket keselamatan di tapak pembinaan fasa kedua MRT di Jakarta.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Menteri Kewangan, Sri Mulyani meramalkan ekonomi dunia akan jatuh meleset tahun depan termasuk Indonesia. 

AFP sebelum ini melaporkan Bank Dunia menyenaraikan beberapa negara akan dilanda kemelesetan pada 2023 disebabkan kadar faedah yang tinggi oleh Bank Pusat di beberapa negara.

Menurut Mulyani, langkah itu diambil oleh beberapa negara bagi mengurangkan lonjakan inflasi. 

Jelasnya, dasar itu akan menyebabkan perkembangan ekonomi terjejas sekali gus kemelesetan lebih sukar dielakkan.

“Kenaikan suku faedah cukup ekstrem dan dunia pasti mengalami kemelesetan pada 2023,” katanya lapor CNN Indonesia.  

Berdasarkan laporan Prospek Ekonomi Global Jun 2022 (GEP), Bank Dunia menjelaskan tekanan inflasi yang tinggi di kebanyakan negara tidak selari dengan pertumbuhan ekonomi. 

Sebilangan negara maju seperti Amerika Syarikat, Eropah dan Jepun diramalkan akan terheret ke kancah kemelesetan akibat kenaikan inflasi. 

Bagaimanapun, Mulyani berkata, ekonomi Indonesia masih cukup sihat dan aman dari sebarang ancaman kemelesetan. 

Namun, katanya, masih ada risiko kemelesetan ekonomi yang dialami Indonesia iaitu sebesar tiga peratus. 

“Kita relatif dalam situasi yang disebutkan risiko kemelesetan sebesar tiga peratus.

“Hutang luar negara kerajaan juga makin berkurangan. Begitu juga hutang korporat yang lebih rendah,” katanya. 

Dilaporkan, hutang luar negara Indonesia adalah AS$415 bilion (RM1.6 trilion) pada akhir Mei 2022. 

Angka itu menurun sebanyak 4.9 peratus berbanding bulan sebelumnya. 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya