Doktor terpaksa keluarkan 62 sudu besi dari perut seorang lelaki

Doktor terpaksa keluarkan 62 sudu besi dari perut seorang lelaki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW DELHI: Tabiat seorang lelaki di daerah Muzaffarnagar, Uttar Pradesh, yang suka makan sudu membawa padah apabila dia terpaksa menjalani pembedahan mengeluarkan objek tersebut.

Menerusi pembedahan selama dua jam, doktor berjaya mengeluarkan sebanyak 62 sudu besi daripada perut lelaki itu.

Vijay, 32, yang tinggal di kampung Bopada dimasukkan ke hospital di Muzaffarnagar selepas mengadu sakit teruk di perutnya.

Difahamkan, lelaki itu makan sudu selama setahun.

Dr. Rakesh Khurrana berkata, pesakit itu kini berada di unit rawatan rapi kerana keadaan dirinya masih kritikal.

Jelasnya, lelaki itu kerap makan sudu kerana mengalami masalah ketagihan dadah.

Namun, keluarganya menafikan mangsa dipaksa makan sudu oleh petugas di pusat pemulihan dadah di Shamli.-AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya