Crypto tersilap pindah wang RM47 juta kepada wanita Australia

Crypto tersilap pindah wang RM47 juta kepada wanita Australia

CRYPTO.COM secara tidak sengaja memindahkan AS$10.5 juta kepada Thevamanogari ketika memproses bayaran balik AS$100. - RAFAEL HENRIQUE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CANBERRA: Syarikat pertukaran mata wang kripto, Crypto.com secara tidak sengaja memindahkan wang sebanyak AS$10.5 juta (RM47.07 juta) kepada seorang wanita Australia ketika sedang memproses bayaran balik AS$100 (RM448.42).

Memetik laporan The Guardian, syarikat itu menyedari melakukan transaksi kepada Thevamanogari Manivel dari Melbourne pada Disember tahun lalu, kira-kira tujuh bulan selepas kesilapan itu dibuat.

Crypto.com yang beroperasi sebagai Foris GFS di Australia dilaporkan memindahkan wang sejumlah AS$10.5 juta berbanding bayaran AS$100 yang sepatutnya dibuat, setelah tersilap memasukkan nombor akaun Thevamanogari pada bahagian amaun pembayaran.

Syarikat itu memfailkan tindakan undang-undang di mahkamah agung Victoria pada awal tahun ini.

Pada Februari lalu, syarikat itu mendapat kebenaran untuk membekukan akaun bank Thevamanogari namun sebahagian besar wang berkenaan sudah dipindahkan ke beberapa akaun lain yang kemudiannya turut dibekukan.

Pada sesi pendengaran, mahkamah dimaklumkan wang sejumlah AS$1.35 juta (RM6.05 juta) sudah digunakan untuk membeli rumah empat bilik tidur di Craigieburn, utara Melbourne pada Februari lalu.

Malah, pemilikan hartanah itu kemudian dipindahkan ke atas nama adiknya, Thilagavathy Gangadory yang sedang menetap di Malaysia.

Cubaan untuk menyerahkan perintah pembekuan itu kepada Thilagavathy gagal kerana wanita berkenaan tidak pernah membalas emel daripada peguamcara mewakili Crypto.com.

Satu-satunya maklum balas yang dikemukakan kepada mahkamah adalah respons emel kepada peguamcara Thevamanogari yang tertera `sudah terima, terima kasih’.

Peguam cara Thevamanogari turut memaklumkan Crypto.com bahawa Thilagavathy dalam proses mendapatkan nasihat undang-undang.

Akibatnya, mahkamah membuat keputusan memihak kepada Crypto.com dengan membenarkan penghakiman ingkar.

Berdasarkan penghakiman ingkar, Thilagavathy harus menjual hartanah itu secepat mungkin, dengan wang perlu diserahkan kepada Crypto.com berserta faedah dalam jumlah AS$27,369.64 (RM122,738.64) dan kos.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya