Covid-19: Russia rekod lebih 50,000 kes baharu dua hari berturut-turut - Utusan Malaysia

Covid-19: Russia rekod lebih 50,000 kes baharu dua hari berturut-turut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MOSCOW: Russia merekodkan lebih 50,000 kes baharu harian Covid-19-19 untuk hari kedua berturut-turut pada semalam, kata pasukan petugas kawalan Covid-19 kerajaan.

Sepanjang 24 jam lalu, 51,699 kes dikesan di seluruh Russia, iaitu yang paling banyak dalam tempoh 24 jam sejak 9 Mac lalu.

Semalam, jangkitan melepasi 50,000 kes buat kali pertama dalam tempoh hampir enam bulan.

Jangkitan meningkat pada Julai dan Ogos lalu apabila varian baharu koronavirus yang sangat mudah menular melanda seluruh negara.

Menurut pihak berkuasa kesihatan, sebanyak 92 orang maut akibat virus itu dalam tempoh 24 jam lalu.

Menurut statistik kematian, Russia adalah antara negara yang paling teruk terjejas akibat pandemik itu, dengan pengambilan vaksin perlahan dan kerajaan enggan mengenakan sekatan ketat bagi mengawal penularan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN