China bersedia 'berbaik' dengan Taiwan secara aman - Utusan Malaysia

China bersedia ‘berbaik’ dengan Taiwan secara aman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: China menyatakan kesediaan untuk penyatuan semula secara aman dengan Taiwan, biarpun hubungan kedua-dua negara itu semakin tegang sejak kebelakangan ini.

Jurucakap Pejabat Hal Ehwal Taiwan China, Ma Xiaoguang, berkata China bersedia untuk merealisasikan perkara itu dengan aman.

“Keazaman China untuk menjaga wilayahnya tidak berbelah bahagi,” katanya.

China mendakwa Taiwan yang ditadbir secara demokrasi sebagai wilayahnya sendiri.

Kerajaan Taiwan menolak tuntutan kedaulatan China dan berkata, hanya rakyat pulau itu boleh menentukan masa depan mereka.

China menjalankan latihan ketenteraan berhampiran Taiwan sejak awal bulan lalu selepas Speaker Dewan Amerika Syarikat (AS), Nancy Pelosi melawat Taipei, termasuk menembak peluru berpandu ke perairan berhampiran pulau itu.

China telah mencadangkan model ‘satu negara, dua sistem’ untuk Taiwan, serupa dengan formula di mana bekas jajahan British, Hong Kong kembali ke pemerintahan China pada 1997.

Menurut tinjauan pendapat, semua parti politik arus perdana Taiwan menolak cadangan itu dan ia hampir tidak mendapat sokongan awam.

China juga tidak pernah menggunakan kekerasan untuk membawa Taiwan di bawah kawalannya, dan pada 2005 meluluskan undang-undang yang memberi negara itu asas undang-undang untuk tindakan ketenteraan terhadap Taiwan jika ia berpisah.

Kerajaan Taiwan menyatakan bahawa pulau itu tidak pernah diperintah oleh Republik Rakyat China, tuntutan kedaulatannya adalah terbatal. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN