Boris Johnson tinggalkan Downing Street, Liz Truss ambil alih

Boris Johnson tinggalkan Downing Street, Liz Truss ambil alih

BORIS Johnson dan isterinya meninggalkan Downing Street. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Perdana Menteri Britain baharu, Liz Truss berikrar akan mengambil tindakan ‘berani’ bagi menyelesaikan krisis ekonomi terburuk negara itu dalam beberapa dekad.

Bekas Setiausaha Luar Britain itu menegaskan akan menangani isu potongan cukai dan krisis tenaga dengan pendekatan yang lebih berkesan.

LIZ TRUSS

Langkah itu jelasnya menuntut pembiayaan pinjaman lebih tinggi yang berisiko mencetuskan inflasi dua angka.

Truss berdepan cabaran apabila berdepan ketidakpercayaan dalam kalangan beberapa negara sekutu Britain, selepas beliau mengambil tindakan keras terhadap Kesatuan Eropah (EU) berhubung peraturan perdagangan pasca Brexit untuk Ireland Utara.

Presiden Suruhanjaya Eropah, Ursula Von Der Leyen berkata, beliau menantikan hubungan yang membina dan akan menghormati perjanjian sepenuhnya yang merujuk kepada perubahan iklim dan Ukraine sebagai isu kerjasama.

Semasa berkempen bulan lalu, Truss enggan menyatakan sama ada Presiden Perancis, Emmanuel Macron adalah rakan kepada Britain atau sebaliknya.

Kerajaan Ireland juga memberi sambutan yang penuh berhati-hati kepada Truss.

Tinjauan mendapati jutaan orang menjangka bil elektrik meningkat 80 peratus pada Oktober dan meningkat lebih tinggi pada Januari.

Parti Konservatif dilihat menghadapi cabaran untuk mengekalkan cengkaman terhadap kuasa.

PENGHORMATAN BUAT WANITA

Truss, 46, berjaya menghadapi tekanan semasa pilihan raya awal sebelum mengesahkan mandat baharu.

Wanita itu tetap berjanji untuk ‘menyampaikan kemenangan besar bagi parti Konservatif pada 2024’.

Truss menewaskan pesaingnya, Rishi Sunak yang merupakan bekas Menteri Kewangan dengan 57 peratus undian selepas persaingan sepanjang musim panas diputuskan oleh lebih 170,000 ahli Konservatif yang merupakan sebahagian kecil daripada pengundi Britain.

Selepas persaingan sengit sejak berminggu-minggu lalu, Truss berjaya menewaskan Sunak dengan meraih 81,326 undian berbanding pencabarnya 60,399 undi.

Walaupun tewas, Sunak tetap bertepuk tangan sebagai menghormati Truss yang naik ke pentas di dewan konvensyen di London.

Menerusi ciapan Twitter, Sunak menjelaskan sekarang adalah masa untuk parti itu bersatu sebagai ‘sebuah keluarga’.

Truss ketika berucap berkata, pemilihan dirinya adalah ‘penghormatan’ untuk dipilih selepas menjalani ‘satu temu duga kerja paling lama dalam sejarah’.

“Saya berkempen sebagai konservatif dan akan memimpin sebagai konservatif,” katanya.

TERIMA WATIKAH

Truss menerima watikah untuk membentuk kerajaan baharu daripada Ratu Elizabeth II, semalam.

Beliau menggantikan Boris Johnson sekali gus menjadi Perdana Menteri wanita ketiga United Kingdom selepas Margaret Thatcher dan Theresa May.

Menerusi ucapan sulungnya, Truss dilihat memuji rekod pentadbiran Johnson termasuk isu Brexit dan pandemik Covid-19.

Pagi semalam, Johnson menyampaikan ucapan perpisahan di Downing Street sebelum terbang ke Scotland bagi menyerahkan peletakan jawatan kepada Elizabeth.

Buat pertama kali dalam sejarah pemerintahan baginda selama 70 tahun, ratu berusia 96 tahun itu akan melantik Perdana Menteri baharu di Balmoral, Scotland dan bukan di Istana Buckingham di London.

Sekembalinya ke Downing Street, Perdana Menteri baharu akan memberikan ucapan ringkas kepada negara.

“Saya tahu dia mempunyai rancangan yang tepat untuk menangani krisis sara hidup, menyatupadukan parti kita dan terus memberikan hasil kerja yang baik sekali gus menaikkan nama negara.

“Sekarang adalah masa kepada semua ahli parti Konservatif bekerja bersamanya 100 peratus,” tulis Johnson dalam Twitter.

Pemilihan Perdana Menteri Britain baharu bermula sejak Julai lalu, selepas Johnson mengumumkan pengunduran ekoran terpalit dengan beberapa skandal.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN