Biden selar penyokong Trump ancam demokrasi AS

Biden selar penyokong Trump ancam demokrasi AS

TINDAKAN penyokong Donald Trump menyerbu bangunan Capitol baru-baru ini mendedahkan begitu rapuhnya sistem demokrasi di Amerika Syarikat. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Agenda penyokong bekas Presiden Donald Trump yang mahu ‘Menjadikan Amerika Hebat Semula’ (Maga) disifatkan sebagai ancaman kepada demokrasi negara ini.

Amaran itu disuarakan oleh Presiden Joe Biden yang memberi gambaran kumpulan Maga akan ‘mengheret negara ini ke masa lampau yang kelam’.

Biden menerusi ucapannya di Philadelphia menyatakan beliau tidak mengkritik kesemua 74 juta rakyat AS yang menyokong Trump dua tahun lalu.

Katanya, bukan semua penyokong Republikan merupakan Maga.

“Namun, tidak dapat dinafikan bahawa parti Republikan hari ini didominasi dan dipengaruhi oleh Trump serta Maga.

“Sehubungan itu, kami melihatnya sebagai ancaman buat demokrasi negara,” kata Biden.

Biden turut menyelar tindakan penyokong Trump yang menyerbu Capitol pada tahun lalu selepas mereka mendakwa tindakan tersebut sebagai ‘semangat patriotik yang perlu disemai dalam kalangan masyarakat’.

“Sejak sekian lama, kita beritahu kepada semua rakyat AS bahawa demokrasi di negara ini adalah terjamin.

“Namun, tidak sebenarnya, malah kita perlu pertahankannya. Semua orang perlu melindungi demokrasi ini,” tegasnya.

Sementara itu, Republikan mendesak Biden memohon maaf atas ucapan tersebut kerana didakwa ‘memfitnah jutaan rakyat AS sebagai fasis’.

Kepemimpinan Republikan menyatakan Biden tidak menyedari kesilapan yang dilakukannya, malah sibuk mencari salah orang lain.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN