Apa akan berlaku jika Putin guna senjata nuklear?

Apa akan berlaku jika Putin guna senjata nuklear?

PELANCAR roket BM-21 yang ditembak menghala ke kedudukan tentera Russia di timur Ukraine.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Ancaman Presiden Russia, Vladimir Putin yang akan menggunakan senjata nuklear di Ukraine, jika ‘integriti wilayah’ Moscow terancam mencetuskan kebimbangan mendalam di Barat. 

Putin malah berulang kali menegaskan itu bukan satu gertakan. 

“Sesiapa yang cuba mengugut dengan senjata nuklear perlu tahu, angin juga boleh berubah arah,” katanya. 

Bagaimanapun, penganalisis yakin Putin mustahil sanggup menjadi pemimpin pertama yang melancarkan senjata nuklear sejak Amerika Syarikat (AS) mengebom Jepun pada 1945. 

AFP menemubual beberapa pakar dan pegawai mengenai kemungkinan senario yang mungkin timbul sekiranya Russia melancarkan serangan nuklear. 

SENARIO 1 

Pakar meramalkan Moscow akan menggunakan satu atau lebih bom nuklear ‘taktikal’ atau medan perang. 

“Ini adalah senjata kecil antara 0.3 kiloton hingga 100 kiloton kuasa letupan berbanding 1.2 megaton kepala peledak strategik AS terbesar bom 58 megaton yang diuji Russia pada 1961,” katanya.

Bom taktikal direka bentuk untuk memberi kesan di medan perang, berbanding senjata nuklear strategik yang direka untuk melawan dan memenangi perang habis-habisan. 

SENARIO 2 

Pakar Ketenteraan di Program Keselamatan Antarabangsa CSIS di Washington berkata, matlamat Russia menggunakan bom nuklear taktikal hanyalah untuk menakutkan Ukraine supaya menyerah kalah atau tunduk kepada rundingan serta memecahbelahkan penyokong Barat di negara itu. 

Katanya, Russia tidak mungkin menggunakan senjata nuklear di barisan hadapan. 

Menyerang wilayah seluas 32 km mungkin memerlukan 20 bom nuklear kecil. 

Moscow boleh menghantar mesej yang kuat dan mengelakkan kemalangan jiwa yang besar dengan meletupkan bom nuklear di atas air. 

SENARIO 3 

Barat masih tidak jelas tentang bagaimana ia akan bertindak balas terhadap serangan nuklear taktikal. 

AS dan NATO pula tidak mahu kelihatan lemah di hadapan ancaman nuklear itu, namun, mereka juga ingin mengelak kemungkinan perang di Ukraine boleh meningkat menjadi perang nuklear global yang lebih luas dan dahsyat. 

“Penggunaan senjata nuklear mungkin memberi peluang kepada Russia untuk meyakinkan negara-negara yang selama ini mengambil bahagian dalam sekatan yang makin meningkat,” jelas pakar.-AFP  

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya