Angka kematian dalam tunjuk perasaan di Iran meningkat 17 orang

Angka kematian dalam tunjuk perasaan di Iran meningkat kepada 17 orang

iran
PARA penunjuk perasaan memenuhi jalan di Teheran sebagai membantah kematian seorang wanita ketika ditahan oleh polis atas dakwaan memakai tudung secara tidak wajar. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Angka kematian dalam bantahan besar-besaran di Iran ekoran kematian seorang wanita yang ditahan kerana didakwa memakai tudung secara tidak ‘wajar’ telah meningkat kepada 17 orang.

Sebagai tindak balas dengan kemarahan rakyat itu  Iran telah menyekat akses internet mulai hari ini (Khamis).

Kemarahan orang ramai telah memuncak di republik Islam itu sejak pihak berkuasa pada Jumaat mengumumkan kematian Mahsa Amini, 22, yang ditahan kerana didakwa memakai tudung dengan cara yang “tidak wajar”.

Aktivis berkata wanita itu, yang nama pertama Kurdishnya  ialah Jhina, telah dipukul di kepala, namun dakwaan dinafikan oleh pegawai, yang telah mengumumkan siasatan.

Selama enam malam berturut-turut, beberapa penunjuk perasaan wanita dengan berani menanggalkan tudung mereka dan membakarnya atau memotong rambut mereka secara simbolik sebelum bersorak-sorai kepada orang ramai, menurut rakaman video yang tersebar di media sosial.

“Tidak untuk bertudung, tidak untuk serban, ya untuk kebebasan dan kesaksamaan!” penunjuk perasaan di Tehran kedengaran melaungkannya dalam perhimpunan yang turut disokong oleh protes solidariti di luar negara.

Terdapat kebimbangan antarabangsa yang semakin meningkat mengenai tindakan keras Iran terhadap penunjuka perasaan, termasuk dari Presiden AS Joe Biden ketika berucap di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya