BEIJING: Sekurang-kurangnya 27 maut dan 20 cedera apabila bas penumpang terbabas serta terbalik di lebuh raya di wilayah Guizhou, barat daya China hari ini.
Menurut polis, kemalangan itu berlaku pada wal pagi ini di daerah Sandu, kira-kira 170 kilometer ke tenggara Guiyang.
Ketika kejadian, bas tersebut membawa seramai 47 penumpang dan 20 mangsa yang cedera dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut.
Punca kejadian masih dalam siasatan. – REUTERS