SYDNEY: Kira-kira 230 ikan paus ditemukan terdampar di pantai barat Tasmania hari ini dan menurut pihak berkuasa Australia, hanya separuh sahaja dilihat masih hidup.
“Sejumlah kira-kira 230 ikan paus terdampar berhampiran Pelabuhan Macquarie namun mungkin hanya separuh daripada haiwan itu kelihatan masih hidup,” kata Jabatan Sumber Asli dan Alam Sekitar negeri.
Imej udara menunjukkan pemandangan dahsyat dengan berpuluh-puluh mamalia hitam berkilat itu bertaburan di sepanjang pantai di kawasan lautan selatan yang sejuk dan bertemu dengan pasir.
Sejak dua tahun lalu hingga sekarang, kawasan persisiran pantai itu menjadi lokasi kejadian membabitkan hampir 500 ikan paus pandu terdampar engan lebih 100 daripadanya dapat diselamatkan.
Setakat ini, punca mamalia berkenaan terdampar secara besar-besaran itu masih belum difahami sepenuhnya.
Saintis mencadangkan ia mungkin disebabkan oleh kawanan haiwan itu dikatakan keluar dari laluan selepas makan terlalu dekat dengan pantai.
Paus pandu adalah haiwan yang sangat mudah bergaul dan boleh menjejak rakannya yang tersesat.
Pihak berkuasa berkata, pakar pemuliharaan marin dan kakitangan dengan peralatan dalam perjalanan ke tempat kejadian. – AFP