Wanita mahu letak jawatan selepas tiada rakan sekerja hadiri majlis kahwin - Utusan Malaysia

Wanita mahu letak jawatan selepas tiada rakan sekerja hadiri majlis kahwin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: Seorang wanita muda di China dilaporkan meletak jawatan dari kerjanya kerana kecewa hanya seorang rakan sekerjanya yang menghadiri majlis perkahwinannya.

Sebelum itu, wanita terbabit sudah pun menjemput kira-kira 70 rakan sekerjanya untuk memeriahkan hari bahagianya.

Wanita itu bekerja di sebuah syarikat selama lima tahun dan mempunyai hubungan baik dengan rakan sekerjanya.

Malah, dia juga sering menghadiri majlis perkahwinan rakan-rakan sekerjanya dan berharap mereka juga melakukan perkara sama apabila dia berkahwin.

Disebabkan terlalu yakin mereka akan datang pada majlis perkahwinannya, wanita itu menjemput semua rakan sekerjanya.

Namun, sangkaannya meleset apabila hanya seorang rakan sekerja yang menghadiri majlis perkahwinannya.

Rakan sekerjanya yang hadir ke perkahwinan itu pula merupakan junior wanita tersebut dan berkemungkinan menghadiri majlis itu bagi menghormatinya sebagai pekerja senior.

Menerusi Weibo, wanita itu menzahirkan rasa malunya dan berhasrat meletak jawatan segera.

Kisah itu menjadi tular dalam media sosial dengan kebanyakan pengguna internet bersetuju dengan tindakan wanita tersebut untuk berhenti bekerja.

Terdapat juga pengguna Weibo yang menyifatkan wanita itu terlalu berharap sehingga kecewa selepas sangkaannya meleset.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN