Virus Langya bukan seperti Covid-19 - Utusan Malaysia

Virus Langya bukan seperti Covid-19

PETUGAS kesihatan melakukan ujian calitan mengesan Covid-19 di Xiamen, wilayah Fujian, timur China. - AFP  
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Saintis terkemuka memberi jaminan kepada penduduk virus Langya yang kali pertama dikesan di China pada akhir 2018, bukan seperti jangkitan Covid-19.

Jaminan itu dibuat selepas laporan mengenai kemunculan patogen baharu di China mencetuskan kebimbangan `pandemik 2020′ akan berulang.   

Memetik laporan Daily Mail, Langya henipavirus atau LayV dikesan sudah menjangkiti 35 individu di wilayah Shandong dan Henan antara Disember 2018 dan pertengahan 2021.

Ini bermakna virus itu hanya menjangkiti segelintir individu setiap tahun sejak kali pertama dikesan pada seorang petani wanita berusia 53 tahun.

Pakar penyakit berjangkit di Kolej Universiti London, Prof. Francois Balloux berkata, data semasa menunjukkan virus terbabit `tidak menular dengan pantas terhadap manusia’.

Katanya, hanya terdapat sedikit bukti LayV boleh merebak dengan mudah antara individu sekali gus menunjukkan potensi wabak yang rendah.

“Pada peringkat ini, LayV tidak kelihatan seperti pandemik Covid-19 akan berulang sama sekali.

“Namun, ia adalah peringatan mengenai ancaman disebabkan kewujudan banyak patogen dalam populasi haiwan liar dan ternakan yang berpotensi menjangkiti manusia,” katanya.

Virus itu didedahkan oleh saintis minggu lalu dalam kertas penyelidikan disiarkan di New England Journal of Medicine.   

Patogen baharu itu setakat ini hanya menyebabkan gejala ringan pada manusia seperti demam, letih, batuh, hilang selera makan dan sakit otot.   

Virus Langya dikatakan berasal dari haiwan dan boleh tersebar kepada manusia.

Namun, setakat ini, tiada bukti penularan membabitkan manusia kepada manusia lain.

Sementara itu, pakar China yang sedang mengkaji virus itu percaya kes membabitkan manusia adalah `sporadik’.

Mereka masih berusaha mencari sama ada ia boleh menular dari individu ke individu lain.  

Shrew atau cencurut kini dipercayai sebagai pembawa haiwan utama virus tersebut.   

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya