Undian calon PM Britain dimuktamadkan hari ini - Utusan Malaysia

Undian calon PM Britain dimuktamadkan hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Pendahulu calon Perdana Menteri Britain, Liz Truss hari ini tampil dengan pelan ekonominya untuk membiaya sektor kewangan, termasuk membatalkan legasi undang-undang Kesatuan Eropah (EU) menjelang akhir 2023.

Menteri Luar itu bersaing dengan bekas Menteri Kewangan, Rishi Sunak, bagi memenangi undian 200,00 ahli Parti Konservatif yang akan dimuktamadkan hari ini.

Pilihan raya itu bagi mengisi jawatan dikosongkan Boris Johnson, Perdana Menteri yang meletak jawatan selepas terpalit beberapa siri skandal.

Menurut sumber, Truss dijangka mengadakan pertemuan dengan beberapa majikan kewangan yang bakal berlangsung di pejabat Aviva di London dan dihadiri Ketua Eksekutif Undang-undang & Am, Nigel Wilson serta Ketua Eksekutif Aviva, Amanda Blanc.

Truss akan menyusun agendanya bagi menarik pelaburan baharu termasuk pembaharuan rejim kawal selia yang dikenali sebagai Solvency II dan MiFID yang diperkenalkan Britain ketika negara itu menjadi anggota EU.

“Untuk tempoh terlalu lama, kita sudah membenarkan mereka yang mencipta kekayaan dan pekerjaan berkualiti tinggi, perniagaan dinamik dan kakitangan bekerja keras dengan kerenah birokrasi EU yang membebankan.

“Kita belum lagi bergerak cukup pantas untuk memanfaatkan sepenuh peluang ‘Brexit’.

“Saya akan menjadikan keutamaan untuk mengurangkan birokrasi EU dan memastikan kita mempunyai kaedah yang betul untuk menarik pelaburan dan menghasilkan pertumbuhan,” kata Truss dalam satu kenyataan sebelum mesyuarat itu.

Semalam, Bank of England mendedahkan Britain menghadapi kemelesetan berpanjangan berikutan inflasi yang didorong kenaikan harga tenaga menekan belanjawan isi rumah.

Justeru, tanggungjawab menangani krisis ekonomi dan mengekalkan keyakinan korporat akan bergantung kepada Truss atau Sunak dalam masa sebulan.

Sektor kewangan Britain, iaitu satu daripada industri penjanaan cukainya paling penting, diputuskan daripada bahagian EU selepas Brexit. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya