UK isytihar kemarau di beberapa bahagian England - Utusan Malaysia

UK isytihar kemarau di beberapa bahagian England

PENDUDUK melihat keadaan sungai yang kering di Infant River Thames, di Ashton Keynes. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Kerajaan Britain secara rasmi mengisytiharkan kemarau di beberapa bahagian England ketika penduduk berdepan langkah penjimatan bekalan air semasa tempoh musim panas dan kering yang berpanjangan.

Menurut Jabatan Alam Sekitar, beberapa bahagian di selatan, tengah dan timur England kini berada dalam fasa kemarau.

Jelasnya, situasi itu bermakna syarikat bekalan air akan meningkatkan usaha untuk menguruskan kesan cuaca kering terhadap para petani dan alam sekitar. 

Menteri Air Britain, Steve Double memaklumkan, semua syarikat air memberi jaminan bahawa bekalan penting adalah masih selamat.

“Kami juga menegaskan kepada syarikat berkenaan untuk mengekalkan bekalan itu.

“Kami lebih bersedia berbanding musim panas sebelum ini namun akan terus memantau keadaan itu dan mengambil tindakan selanjutnya mengikut keperluan,” katanya selepas menghadiri mesyuarat Agensi Kemarau Kebangsaan.

Pejabat Meteorologi Britain memaklumkan bulan Jun adalah musim paling kering buat England sejak 1935 dengan purata hujan 23.1 milimeter (mm) atau hanya 35 peratus daripada purata bulan itu.

Pada masa sama, pejabat meteorologi mengeluarkan amaran `haba melampau’ selama empat hari di sebahagian England dan Wales.

Kemarau kali terakhir diisytiharkan di England adalah pada 2018.

Kelmarin, pejabat meteorologi mengeluarkan amaran bahawa apabila cuaca kering berakhir pada awal minggu depan, hujan berserta guruh boleh menyebabkan banjir di beberapa kawasan di negara itu. 

Sementara itu, syarikat bekalan air, Yorkshire Water mengumumkan larangan penggunaan sistem hos air mulai 26 Ogos depan antara lain menghalang penduduk menggunakan hos air untuk menyiram taman, mencuci kereta atau mengisi kolam air.

“Cuaca panas dan kering ini menunjukkan sungai Yorkshire semakin surut dan air takungan hanya mempunyai sekitar 20 peratus lebih rendah berbanding jangkaan pada tahun ini,” kata Pengarah Yorkshire Water, Neil Dewis. – REUTERS    

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya