fbpx

Tulang rusuk patah akibat dipeluk rakan sekerja terlalu kuat

Ujian X-ray mendapati tulang rusuk wanita warganegara China patah akibat dipeluk dengan kuat.-AGENSI

CHINA: Seorang lelaki diarah membayar pampasan 10,000 yuan (RM6,591) oleh Mahkamah Yunxi kerana memeluk rakan wanita sekerjanya sehingga menyebabkan tiga tulang rusuknya patah.

Lapor Odditycentral, hakim menjatuhkan hukuman itu setelah mahkamah mendapati tiada bukti kukuh wanita itu menyertai aktiviti yang menyebabkan tulang rusuknya patah, walaupun sepanjang tempoh lima selepas tulang rusuk didapati rosak. 

“Selain itu, terdapat testimoni rakan sekerja yang mengimbau reaksi pedih wanita itu selepas pelukan,” katanya. 

Wanita berasal dari bandar Yueyang itu memfailkan tindakan undang-undang dan mengheret rakannya ke mahkamah akibat memeluknya terlalu kuat sehingga menyebabkan tiga tulang rusuknya patah. 

Wanita bertindak selaku plaintif itu dilaporkan bersembang dengan rakannya di tempat kerja dan ‘kejadian pelik’ itu dilaporkan bermula pada Mei 2021. 

Difahamkan, lelaki tersebut kemudian datang dan menyapanya dengan pelukan sehingga menyebabkan dia menjerit kesakitan. 

“Lelaki itu memeluknya dengan kuat sehingga dia terus berasa sakit di dada, walaupun selepas meninggalkan pejabat. Tetapi, dia tidak mendapatkan bantuan perubatan segera dan sebaliknya lebih suka menyapu sedikit minyak panas di dada sebelum tidur.

“Lima hari selepas pelukan yang sangat erat itu, wanita itu berasa sakit sangat kuat di bahagian dada dan akhirnya memutuskan ke hospital bagi menjalani pemeriksaan. 

“Ujian X-ray mendapati tiga tulang rusuknya patah iaitu dua di sebelah kanan dan satu sebelah kiri. Dia terpaksa mengambil cuti sehingga menyebabkannya hilang pendapatan dan membelanjakan sejumlah besar wang untuk bil perubatan serta khidmat jururawat,” kata laporan itu. 

Sepanjang tempoh pemulihan, wanita itu dilaporkan berjumpa dengan lelaki tersebut dan cuba berunding bagi mencari jalan penyelesaian. 

Namun, kedua-duanya gagal mencapai kata sepakat kerana lelaki itu mendakwa rakannya tidak mempunyai bukti yang menyebabkan kecederaan terhadapnya. 

Justeru, wanita itu memutuskan memfailkan tindakan saman bagi menuntut pampasan atas kerugian kewangan yang ditanggungnya.

 

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, Twitter, Instagram, Youtube, Telegram & TikTok

BERITA BERKAITAN

Menarik di Kosmo!