Tujuh maut tadika di Tigray diserang

Tujuh maut tadika di Tigray diserang

Tigray Television
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MEKELLE: Serangan udara di sebuah tadika di Tigray, Ethiopia oleh tentera udara negara mengorbankan tujuh orang.

Difahamkan, tiga kanak-kanak antara mangsa yang maut dalam insiden yang turut mengenai taman permainan kanak-kanak, lapor saluran berita tempatan, Tigray Television.

Bagaimanapun, jurucakap kerajaan menafikan orang awam terbunuh dalam kejadian itu.

Serangan berlaku kira-kira pukul 1.00 tengah hari (waktu tempatan) yang mengakibatkan beberapa kematian dan kecederaan.

Serangan menyebabkan bangunan rosak serta beberapa penduduk terpaksa mendapatkan rawatan di hospital.

Agensi Komunikasi Kerajaan Ethiopia berkata, kerajaan akan mengambil tindakan terhadap kumpulan yang mencetuskan sentimen antikeamanan.

Justeru, orang ramai disaran supaya menjauhkan diri daripada peralatan dan pusat-pusat latihan yang digunakan oleh tentera.

Konflik di Tigray mengorbankan ribuan nyawa di negara itu yang tercetus sejak November 2020.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya