Sepanyol: Seorang maut, puluhan cedera pentas festival muzik runtuh - Utusan Malaysia

Sepanyol: Seorang maut, puluhan cedera pentas festival muzik runtuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MADRID: Seorang maut dan puluhan lagi cedera apabila sebuah pentas runtuh sebahagian akibat dilanda angin kencang ketika festival muzik sedang berlangsung di Sepanyol.

Kejadian itu berlaku di festival muzik tarian Medusa Circus of Madness di pantai Cullera, kira-kira 50 kilometer (km) di selatan Valencia.

“Kira-kira pukul 4.18 pagi (waktu tempatan), pentas di Festival Medusa di Cullera runtuh sebahagian akibat dilanda angin kencang.

“Seorang maut dan tiga orang parah dengan pelbagai kecederaan,” kata agensi perkhidmatan kecemasan 112 di Twitter.

Menurut agensi itu, seramai 14 orang mengalami cedera ringan.

Pihak berkuasa kemudian meningkatkan jumlah individu yang mengalami cedera kepada 40 mangsa.

Berdasarkan laporan media, seorang lelaki dalam lingkungan umur 20-an meninggal dunia selepas terkena komponen struktur pentas ketika ia runtuh pada acara yang dijangka dihadiri kira-kira 320,000 orang.

Jelasnya, beberapa struktur besar di pintu masuk festival muzik itu turut musnah dalam kejadian itu.

Rakaman video dikongsi dalam media sosial menunjukkan angin kencang memusnahkan kawasan itu termasuk pokok dan struktur besar tumbang selain serpihan berterbangan merata-rata ketika orang ramai cuba menyelamatkan diri dan barang milik mereka. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya