Semua pelosok dunia ada talian telefon bermula hujung 2023

Semua pelosok dunia ada talian telefon bermula hujung 2023

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEXAS: Satelit SpaceX milik Elon Musk akan dipancarkan terus ke telefon bimbit T-Mobile bagi menyediakan akses perkhidmatan walaupun di tempat paling terpencil di luar capaian menara sel, tahun depan. 

Kedua-dua pemilik syarikat membuat pengumuman mengenai perkhidmatan baharu yang akan berfungsi pada telefon bimbit sedia ada dengan menggunakan rangkaian SpaceX. 

Perkhidmatan baharu itu bakal menawarkan perkhidmatan pemesejan teks mulai penghujung 2023, dengan panggilan suara dan perkhidmatan data dijangka menyusul selepas itu.

Menurut Musk, perkembangan itu bermakna tiada lagi zon mati atau kawasan di seluruh dunia yang tidak mempunyai talian telefon bimbit.

Jelasnya, perkhidmatan itu juga akan menyelamatkan nyawa manusia, contohnya seperti pejalan kaki yang tersesat dan tidak dapat meminta bantuan. 

“Kita tidak akan dengar lagi tragedi mengenai orang hilang dan sesat, kerana mereka mudah meminta bantuan secara langsung,” katanya. 

Walaupun internet satelit wujud sejak bertahun-tahun lalu, Musk berkata, pengguna pada masa ini memerlukan peralatan khusus seperti terminal Starlink. 

“Ia membolehkan penghantaran teks, imej dan jika tidak terdapat terlalu ramai pengguna dalam zon sel, anda juga berpotensi menghantar sedikit video,” katanya. 

Ketua Pegawai Eksekutif T-Mobile, Mike Sievert berkata, beliau menjangka perkhidmatan baharu itu akan diberikan secara percuma pada kebanyakan pelan telefon bimbit, walaupun mungkin terdapat bayaran untuk pengguna pada pakej kos rendah. 

“Ia sama seperti meletakkan menara selular di langit yang kelihatan lebih sukar,” katanya. 

Persaingan dalam pasaran internet satelit semakin rancak dengan pengasas Amazon, Jeff Bezos mengumumkan hasrat melancarkan 3,200 satelit ke angkasa lepas, baru- baru ini. 

China pula mempunyai rancangan untuk melancarkan 13,000 satelit yang digelar Guowang dan Kesatuan Eropah mahu menggunakan 250 satelit menjelang 2024.-AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN