Selepas panas melampau, UK kini dilanda ribut petir

Selepas panas melampau, UK kini dilanda ribut petir

PENGUNJUNG meredah banjir yang berlaku di Tesco di Inverness, Scotland. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Fasa gelombang haba di United Kingdom (UK) baru sahaja berakhir, namun negara itu sekali lagi dilanda bencana alam apabila kini dibadai ribut yang membawa hujan lebat sehingga mengakibatkan banjir di beberapa kawasan.

Hujan lebat berserta angin kencang dilaporkan melanda beberapa bahagian di UK sejak tiga hari lalu, iaitu beberapa minggu selepas lebih separuh daripada kawasan di England diisytiharkan kemarau akibat cuaca panas.

Namun, pakar kaji cuaca menjangkakan, hujan lebat yang melanda ketika ini masih belum mampu memulihkan sebahagian kawasan yang diisytihar kemarau, malah mungkin mengambil masa selama beberapa minggu untuk kembali seperti biasa.

Agensi kaji cuaca meramalkan ribut petir akan berlaku di bahagian utara UK, selain hujan lebat yang turun menyebabkan banjir kilat.

Keadaan itu boleh menyebabkan bekalan elektrik terputus, selain menjejaskan aliran trafik di kebanyakan jalan utama.

Kelmarin, Inverness di Scotland dilanda hujan lebat sehingga menyebabkan banjir berlaku di pasar raya Tesco, menyaksikan orang ramai panik.

Beberapa video yang dikongsikan menunjukkan orang ramai dipindahkan segera selepas bumbung pasar raya itu bocor dan pecah serta dimasuki hujan.

Dalam pada itu, Agensi Alam Sekitar UK memberi amaran bahawa keadaan kering dengan bekalan air yang terhad boleh berlarutan sehingga 2023 sekirangan purata hujan menurun sepanjang musim luruh dan sejuk akan datang.

Selain itu, kerajaan turut mengambil pendekatan dengan mempertimbangkan sejumlah pelan bagi mengelakkan negara ini berdepan dengan musim kemarau tidak terkawal pada masa akan datang.

Antara pendekatan yang diambil termasuk pengurusan sumber air yang berterusan sebagai persediaan jika berlaku gelombang haba sekali lagi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya