Russia tuduh Ukraine bunuh anak sekutu Putin

Russia tuduh Ukraine bunuh anak sekutu Putin

DARYA DUGINA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MOSCOW: Badan Keamanan Persekutuan Russia (FSB) menuduh pasukan rahsia Ukraine membunuh anak sekutu Presiden Vladimir Putin, Darya Dugina. 

FSB mendakwa serangan tersebut dilakukan oleh seorang wanita Ukraine yang lahir pada 1979, lapor Reuters.  

Difahamkan, wanita bersama anak remajanya tiba di Russia sejak Julai lalu, dan menghabiskan masa selama sebulan untuk melakukan persiapan serangan terhadap Dugina. 

FSB juga mendedahkan kedua-dua individu itu sengaja memilih tinggal di apartmen sama dengan mangsa bagi memudahkan mereka memantau gaya hidup anak sekutu Putin itu. 

Dilaporkan penyerang sempat menghadiri acara di sekitar Moscow, Sabtu lalu, dan Dugina bersama ayahnya turut hadir dalam acara sama. 

“Penyerang meletakkan bom di kenderaan Dugina, kemudian melarikan diri dari Russia ke Estonia,” katanya. 

Dugina adalah seorang wartawan dan mati terbunuh selepas keretanya meletup di Bolshiye Vyazemy, pinggir Moscow, Sabtu lalu. 

Difahamkan, bom tersebut dikendalikan dari jarak jauh. 

Wanita berusia 29 tahun itu merupakan anak perempuan ahli sosiologi dan ahli falsafah Russia, Aleksandr Dugin yang mengetuai Pergerakan Eurasia Antarabangsa iaitu sebuah gerakan politik yang menentang liberalisme dan kapitalisme. 

Dugin dan Dugina menjadi sasaran Amerika Syarikat dan negara sekutu yang lain, kerana menjadi penyalur maklumat dalam platform dunia maya berhubung pencerobohan Russia di Ukraine.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya