Rakyat Taiwan tingkat kemahiran pertahanan diri - Utusan Malaysia

Rakyat Taiwan tingkat kemahiran pertahanan diri

LISA HSUEH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAIPEI: Konflik berterusan antara Russia dan Ukraine memberi impak besar di Taiwan apabila beberapa pungutan suara dijalankan jelas menunjukkan sokongan rakyat negara itu untuk mempunyai pertahanan yang kukuh. 

Lebih-lebih lagi golongan muda turut menunjukkan semangat kental untuk mempertahankan negara sendiri.

Memetik laporan BBC, kira-kira 30 lelaki dan wanita muda dilihat mempelajari kemahiran asas senjata api di sebuah bangunan kilang terbiar di luar Taipei.

Mereka menggunakan pistol udara ketika berlatih menembak di pusat latihan yang dikendalikan oleh Max Chiang.

Menurut Chiang, sejak Februari lalu, bilangan penyertaan individu melonjak sebanyak 50 peratus.

Malah, katanya, bilangan wanita yang menyertai latihan menembak kini mencecah 40 hingga 50 peratus di beberapa kelas.

“Orang ramai mula menyedari realiti negara yang kuat mampu menyerang negara jiran yang lebih kecil.

“Mereka melihat situasi yang berlaku di Ukraine dan sedar ia juga boleh terjadi di sini,” katanya.

Di sebuah bangunan bersebelahan, sekumpulan lagi individu dilihat mempelajari seni mempertahankan diri.

Kumpulan individu itu berada dalam penyamaran penuh, dilengkapi dengan perisai badan, topi keledar dan peralatan komunikasi radio.

Seorang peserta bernama Lisa Hsueh menegaskan akan melindungi diri dan keluarganya sekiranya ketegangan Taiwan dengan China menyebabkan peperangan.

“Itulah sebabnya saya belajar menggunakan senjata api. Wanita seperti saya tidak akan bertempur di barisan hadapan.

“Namun, jika perang meletus, kita mampu melindungi diri dan keluarga kami di rumah,” katanya.  

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya