Rakyat India bakal nikmati perkhidmatan internet 5G

Rakyat India bakal nikmati perkhidmatan internet 5G

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW DELHI: Bilionair India, Mukesh Ambani mengumumkan peruntukan AS$25 bilion (RM112 bilion) bagi pelancaran perkhidmatan internet 5G di negara ini dalam tempoh dua bulan.

Lapor BBC, pemilik syarikat telekomunikasi, Reliance itu berkata, rangkaian internet berkelajuan tinggi akan diperkenalkan di bandar-bandar utama termasuk New Delhi dan Mumbai.

Jelasnya, rangkaian itu akan dikembangkan di seluruh India sehingga penghujung Disember 2023.

“Perkhidmatan itu akan dilancarkan melalui anak syarikat Reliance, Jio yang merupakan pengendali mudah alih terbesar di India.

“Kita juga menjalinkan kerjasama dengan Google bagi membangunkan telefon pintar bajet 5G,” katanya.

Ambani yang merupakan individu terkaya di Asia memaklumkan, perkhidmatan itu akan menjadi yang terbesar di dunia selepas rangkaian 5G itu beroperasi sepenuhnya.

Mengulas pengenalan telefon pintar 5G yang dikatakan ‘sangat mampu milik’, beliau bagaimanapun belum memberi butiran lanjut mengenai harga atau tarikh pelancaran tersebut.

Setakat ini, telefon pintar 5G termurah di India berharga sekitar RM672.

Pengumuman itu dibuat ketika persaingan untuk menguasai masa depan digital di India semakin hangat dikatakan.

Mei lalu, Perdana Menteri India, Narendra Modi berkata, perkhidmatan 5G bukan ‘hanya mempercepatkan kelajuan internet, tetapi merancakkan aspek pembangunan dan pekerjaan’.-BBC

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN