CILACAP: Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik (BMKG) meminta masyarakat kekal bertenang berhubung potensi tsunami setinggi 10 meter di Cilacap, Jawa Tengah.
Lapor Kompas.com, Ketua Stesen Geofizik Banjarnegara, Setyoajie Prayoedie berkata, pihaknya sentiasa memantau aktiviti gempa bumi dan tsunami pada setiap masa.
Jelasnya, BMKG sentisa menyalurkan maklumat menggunakan pelbagai kaedah komunikasi kepada pemegang taruh berdasarkan protokol sedia ada.
“Penduduk di selatan kepulauan Jawa terutamanya di wilayah Cilacap digesa kekal bertenang dan tidak terpengaruh dengan sebarang maklumat tidak benar,” katanya.
Setyoajie berkata, Cilacap merupakan antara kawasan di Jawa Tengah yang kerap berlaku gempa bumi dan tsunami.
Jelasnya, secara geotektonik, terdapat zon subduksi iaitu daerah pertemuan plat Indo-Australia yang masuk menyusup ke bawah plat Eurasia di utara.
“Akibat aktiviti di zon subduksi ini, terdapat tiga segmen zon megathrust di selatan Pulau Jawa yang menyimpan akumulasi tenaga gempa bumi yang boleh mencapai 8.7 skala Richter,” katanya.
Meskipun demikian, Setyoajie berkata, gempa bumi dan tsunami adalah peristiwa alam yang hingga saat ini belum dapat diramal bila akan berlaku.
Oleh itu, katanya, semua pihak mesti bersiap sedia bagi berdepan risiko bencana alam.