Perusuh bakar tiga penculik kanak-kanak hidup-hidup sehingga rentung

Perusuh bakar tiga penculik kanak-kanak hidup-hidup sehingga rentung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUATEMALA CITY: Sekumpulan perusuh bertindak membakar tiga lelaki hidup-hidup selepas mereka dituduh menculik dan membunuh seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun.

Lapor Mirror, polis di Guatemala menahan Selvin Perez Morales, Samuel Domingo Godinez dan Ovidio Mendez Gabriel selepas penduduk tempatan di Colotenango memburu dan menahan mereka.

Ketiga-tiga lelaki itu dipercayai menculik Freddy Eliseo Mendez Pablo ketika kanak-kanak itu dalam perjalanan ke sekolah pada 11 Ogos lalu.

Mereka didakwa menghantar sekeping gambar kepada keluarga budak itu yang memaparkan seorang suspek sedang memegang senapang patah dengan kanak-kanak itu berada di sisinya.

Lelaki berkenaan menuntut wang tebusan sebanyak 10,900 pound (RM57,142) untuk pembebasan kanak-kanak itu, malah ibu bapanya juga sudah menghantar separuh bayaran tersebut.

Namun, kumpulan penculik itu didakwa membunuh kanak-kanak tersebut dan membuangnya ke dalam tangki kumbahan sedalam 3.04 meter dan mayatnya ditemukan oleh polis tidak lama selepas itu.

Kes itu mencetuskan kekecohan dalam kalangan masyarakat dan mendorong penduduk setempat di Colotenango memburu serta menangkap kesemua suspek.

Penduduk menangkap dan menyerahkan ketiga-tiga suspek itu kepada polis namun sebelum mereka dibawa ke mahkamah pada 22 Ogos lalu, sekumpulan perusuh yang marah menyerbu balai dan mengheret keluar suspek.

Kumpulan perusuh membabitkan kira-kira 6,000 orang kemudian memukul suspek sebelum menyimbah dengan petrol dan membakar mereka hidup-hidup.

Perusuh itu juga didakwa membakar rumah milik seorang suspek berkenaan.

Polis tidak dapat melakukan apa-apa untuk menyelamatkan kesemua suspek dan mereka terbakar sehingga rentung.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN