Murid sekolah terpaksa belajar bawah pokok

Murid sekolah terpaksa belajar bawah pokok

MURID-murid terpaksa belajar di bawah pokok disebabkan keadaan kelas yang rosak di Kabupaten Cianjur, Jawa Barat.-KOMPAS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CIANJUR: Murid-murid di Sekolah Dasar Sukagalih Cikalongkulon, Kabupaten Cianjur, Jawa Barat, tidak mempunyai pilihan selain belajar di bawah pokok disebabkan kerosakan kelas yang belum dibaiki sehingga sekarang.  

Lapor Kompas.com, Guru Besar sekolah itu, Wiwi Ruhiana berkata, sebanyak 90 murid tahun empat, lima dan enam terpaksa belajar di luar kelas kerana infrastruktur kelas yang rosak sehingga membahayakan keselamatan mereka.

Jelasnya, struktur kelas tersebut mengalami kerosakan sejak lima tahun lalu dan tiada mana-mana pihak tampil membantu. 

“Sesi pembelajaran di luar kelas bermula sejak pertengahan Julai lalu. Kita tidak mahu mengambil risiko dan membahayakan keselamatan pelajar dengan menggunakan kelas tersebut,” katanya. 

Sementara itu, guru kelas itu, Cucu Syamsiah berkata, sesi pembelajaran tidak dapat dijalankan di dalam kelas kerana keadaan yang tidak selesa dan bahaya.  

“Sudah dua kali saya dengar bunyi bumbung seperti hendak jatuh, jadi murid-murid pun berlari keluar.

“Sejak itu, kelas tersebut tidak dapat digunakan kerana kami tidak mahu mengambil risiko dan menjaga keselamatan pelajar,” katanya.  

Bagaimanapun, Cucu berkata, pembelajaran di luar kelas kurang berkesan dan murid tidak dapat memberikan tumpuan kerana keadaan di sekeliling yang kotor, berdebu dan berlumpur selepas hujan.  

Malah, keadaan itu juga menyebabkan dia terpaksa lebih bersabar semasa menyampaikan pengajaran.   

Dalam pada itu, seorang murid, Silvia, 12, berkata, dia dan rakan-rakannya yang lain akan menarik papan tulis berwarna putih ke bawah pokok dan menyediakan sebuah kerusi untuk guru mereka. 

Katanya, sudah menjadi rutin mereka setiap pagi disebabkan ruang kelas tidak dapat digunakan. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.