Minum kopi dorong individu berbelanja lebih tinggi - Utusan Malaysia

Minum kopi dorong individu berbelanja lebih tinggi

PENGAMBILAN minuman kopi berkafein mempengaruhi perbelanjaan individu. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Satu kajian baharu mendapati minum kopi sebelum keluar membeli-belah berpotensi mendorong individu melakukan perbelanjaan secara berlebihan.

Lapor Metro, kajian yang diterbitkan dalam Journal of Marketing menunjukkan pengambilan minuman kopi berkafein mempengaruhi perbelanjaan individu.

Menurut kajian itu, meminum kopi sebelum membeli-belah menjadikan individu lebih cenderung untuk berbelanja banyak daripada yang dijangka selain melakukan pembelian lebih impulsif.

Malah, hasil kajian turut menunjukkan ia mampu mempengaruhi jenis perbelanjaan dan pemilihan produk sewaktu melakukan pembelian.

“Individu yang mengambil minuman kopi didapati lebih banyak berbelanja pada barangan `hedonik’ (menyenangkan) seperti percutian dan makan malam mewah.

“Mereka yang tidak minum kopi sebelum membeli-belah pula berbelanja secara berhemah dengan membeli barangan yang perlu seperti alat tulis dan peralatan dapur,” jelas laporan itu.

Para penyelidik juga mengkaji tabiat perbelanjaan sukarelawan yang diberi minuman sebelum keluar membeli-belah.

Minuman tersebut termasuk berkafein, tanpa kafein dan air.

“Ternyata kumpulan individu minum kopi berkafein berbelanja lebih tinggi dan membeli banyak barangan berbanding mereka yang mengambil minuman tanpa kafein dan air,” jelas laporan itu.         

Menurut penyelidik, minuman kopi membuatkan individu lebih bertenaga dan seterusnya meningkatkan impulsif serta mengurangkan kawalan diri ketika melakukan pembelian.     

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN