Makin ramai rakyat UK tak mampu bayar bil elektrik - Utusan Malaysia

Makin ramai rakyat UK tak mampu bayar bil elektrik

KENAIKAN tarif elektrik akan memberi kesan kepada hampir satu pertiga warga Britain. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Hampir satu pertiga isi rumah di United Kingdom (UK) bakal terjerumus ke dalam kemiskinan pada musim sejuk ini selepas terpaksa membayar bil elektrik yang melambung tinggi.

Ini kerana menurut beberapa aktivis, tarif elektrik dijangka meningkat semula pada Januari depan.

Menurut Cornwall Insight, purata bil elektrik isi rumah dijangka mencecah 3,582 pound (RM19,291) setahun dari bulan Oktober dan 4,266 pound (RM22,976) dari Januari bersamaan kira-kira 355 pound (RM1,912) sebulan.

Ramalan bagi Januari itu mewakili peningkatan sebanyak 116 peratus dalam bil elektrik berbanding tarif semasa.

Berdasarkan laporan End Fuel Poverty Coalition (EFPC), kira-kira 10.5 juta isi rumah bakal berada dalam kategori `kemiskinan bahan api’ bagi tempoh tiga bulan pertama tahun depan.

Ini bermakna pendapatan golongan itu akan jatuh di bawah paras kemiskinan selepas membayar bil elektrik mereka.

Berdasarkan statistik rasmi, pendapatan isi rumah kurang daripada 60 peratus daripada median UK iaitu sebanyak 31,000 pound (RM166,957) ditakrifkan sebagai kemiskinan pada 2021.  

Anggaran menjadi `tidak menentu dan stabil’ ketika harga bahan api semakin meningkat.

Minggu lalu, Cornwall Insight meramalkan tarif elektrik bagi bulan Januari akan meningkat sebanyak 83 peratus berbanding bil semasa. 

Firma penyelidikan memaklumkan pihaknya terpaksa menyemak semula datanya disebabkan lonjakan harga borong bahan api dan perubahan dalam cara pengawal selia UK mengira had harganya.

Bagaimanapun, firma itu menjangkakan tarif elektrik akan mula menurun pada separuh kedua 2023.

Harga bahan api mula meningkat sejak tahun lalu ketika krisis bekalan gas asli global menaikkan harga borong sehingga ke paras tertinggi.

Pencerobohan Russia ke atas Ukraine sejak Februari lalu turut memburukkan lagi keadaan.

Purata bil elektrik isi rumah UK dilaporkan meningkat sebanyak 54 peratus pada tahun ini.

Situasi itu menjejaskan lagi krisis kos sara hidup yang dihadapi kebanyakan penduduk Britain. 

Pada Mei lalu, kerajaan Britain mengumumkan pakej bantuan berjumlah 15 bilion pound (RM80.78 bilion) termasuk bantuan kewangan sebanyak 400 pound (RM2,154) kepada 29 juta isi rumah bermula Oktober depan.

Bantuan kewangan itu bagi meringankan beban rakyat yang tidak mampu membayar bil elektrik.

Sementara itu, penyelaras EFPC, Simon Francis berpandangan bantuan kewangan sedemikian tidak lagi relevan mengikut keadaan semasa dan anggaran baharu.  

“Bantuan kewangan yang bakal diagihkan kepada isi rumah mungkin tidak mencukupi berdasarkan anggaran harga terkini itu,” katanya. – BBC  

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya