Kapal perang AS transit di Selat Taiwan - Utusan Malaysia

Kapal perang AS transit di Selat Taiwan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Dua buah kapal perang milik Tentera Laut Amerika Syarikat (AS) berlayar melalui perairan antarabangsa di Selat Taiwan, hari ini.

Ia merupakan operasi pertama seumpamanya sejak lawatan Speaker Dewan Perwakilan AS, Nancy Pelosi ke Taiwan mencetuskan ketegangan China yang mendakwa wilayah separa autonomi itu sebahagian wilayahnya.

Menurut Tentera Laut AS, kapal Chancellorsville dan Antietam sedang menjalankan operasi yang berterusan.

“Kapal-kapal ini transit melalui koridor di selat yang melangkaui kawasan laut mana-mana negara pantai,” jelasnya.

Operasi sedemikian biasanya mengambil masa lapan hingga 12 jam untuk tamat dan dipantau rapi oleh tentera China.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, kapal perang AS dan kadang kala dari negara sekutu seperti Britain dan Kanada secara rutin berlayar melalui selat itu sehingga mengundang kemarahan China.

Lawatan Pelosi ke Taiwan pada awal bulan ini menimbulkan kemarahan China yang melihat tindakan itu sebagai percubaan AS untuk campur tangan dalam hal ehwal dalam negara.

China kemudian melancarkan latihan ketenteraan berhampiran pulau itu selepas lawatan pemimpin itu dan latihan itu diteruskan.

Dalam pada itu, Tentera Laut AS memaklumkan pelayaran kapal melintasi Selat Taiwan menunjukkan komitmen AS terhadap Indo-Pasifik yang bebas dan terbuka.

Malah, tegasnya, tentera AS berhak melakukan penerbangan, belayar dan beroperasi di mana-mana sahaja yang dibenarkan oleh undang-undang antarabangsa.

Sementara itu, Pasukan Eastern Theater Command China memaklumkan pihaknya mengekori kapal berkenaan dan sudah memberi amaran. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN