Jokowi sahkan Jinping, Putin hadir sidang kemuncak G20

Jokowi sahkan Jinping, Putin hadir sidang kemuncak G20

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Pemimpin China, Xi Jinping dan Presiden Russia, Vladimir Putin dijangka menghadiri Sidang Kemuncak Pemimpin Dunia G20 di Bali, November depan.

Perkara itu dimaklumkan oleh Presiden Indonesia, Joko Widodo kepada agensi berita Bloomberg News.

Indonesia akan mempengerusikan mesyuarat yang terdiri dari 20 negara ekonomi utama di dunia.

Sebelum ini, Indonesia menerima tekanan dari negara-negara Barat supaya menarik balik jemputan kepada Putin, susulan serangan Moscow di Kyiv sejak 24 Februari lalu.

Bagaimanapun, Jokowi kekal mengambil peranan sebagai orang tengah di antara kedua-dua negara yang berperang itu.

Beliau malah sudah mengadakan pertemuan dengan kedua-dua Presiden Ukraine dan Russia.

Pemimpin negara-negara besar temasuk Presiden AS, Joe Biden dijangka turut hadir semasa pertemuan G20.

Baru-baru ini, Jokowi menyebut kedua-dua negara menerima Indonesia sebagai ‘jambatan kepada keamanan’ semasa menyampaikan amanat sempena Ulang Tahun Kemerdekaan ke-77 negara.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.