Jepun rekod 250,403 kes Covid-19 dalam 24 jam - Utusan Malaysia

Jepun rekod 250,403 kes Covid-19 dalam 24 jam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TOKYO: Jepun melaporkan sebanyak 250,403 kes baharu Covid-19 semalam, sekaligus mencatatkan kes harian tertinggi sejak permulaan pandemik di negara itu.

Lonjakan kes Covid-19 berlaku ditengah-tengah kebimbangan memuncak mengenai tekanan terhadap sistem kesihatan negara akibat gelombang baharu pandemik.

Lapor Xinhua, kes harian itu yang didorong oleh subvarian BA.5 Omicron yang mudah berjangkit, melepasi rekod 249,830 kes Covid-19 yang dicatatkan pada 3 Ogos lalu.

Sebanyak 251 kes kematian baharu berkaitan jangkitan Covid-19 turut dilaporkan di seluruh negara.

Menurut Kementerian Kesihatan, jumlah pesakit Covid-19 yang dimasukkan ke hospital dengan gejala serius meningkat sebanyak 16 kes daripada 597 orang pada Selasa lalu.

Angka itu jauh lebih rendah berbanding kemuncak musim panas lalu yang menrekodkan lebih 2,000 kes bagi tempoh beberapa minggu.

Sementara itu, sebanyak 20 daripada 47 wilayah di Jepun mencatatkan rekod harian jangkitan baharu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya