Itali tawar RM67,156 jika pindah ke Sardinia

Itali tawar RM67,156 jika pindah ke Sardinia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ROM: Kerajaan Sardinia menawarkan geran berjumlah 12,700 pound (RM67,156) sebagai insentif bagi mereka yang sanggup berpindah ke pulau tersebut.

Lapor Daily Mail, geran yang menarik itu merupakan sebahagian daripada skim bagi menggalakkan orang ramai membeli rumah usang dan mengubahsuainya serta memulakan perniagaan baharu di kawasan luar bandar Itali.

Syarat yang dikenakan adalah tanah yang dimaksudkan mesti terletak di kawasan dengan populasi kurang 3,000 penduduk kerana bandar tersebut memerlukan peningkatan ekonomi yang ketara.

Geran hanya akan diberikan kepada mereka yang benar-benar merancang untuk tinggal di sana sepenuh masa.

Sebanyak 38 juta pound (RM200 juta) sudah dibayar sebagai inisiatif yang bertujuan membantu menarik orang ramai ke kawasan luar bandar bagi meningkatkan perdagangan di bandar-bandar kecil dengan memberikan bantuan kewangan kepada pembeli rumah.

Sardinia ialah pulau kedua terbesar di Mediterranean dan dianggap sebagai permata semula jadi dengan sejarah budaya yang kaya dengan lebih 1,000 batu pantai berpasir, bandar pelabuhan yang indah serta masih mengekalkan tinggalan zaman gangsa yang dibina sejak 1,500 sebelum Masihi.

Namun, pulau itu sama seperti kawasan luar bandar Itali lain yang mengalami masalah populasi yang semakin berkurangan dan ekonomi yang lembap selepas generasi muda mula berpusu-pusu ke bandar besar untuk bekerja.

Presiden Sardinia, Christian Solinas berkata, pihaknya sudah meletakkan syarat kepada golongan muda membuat keputusan untuk kekal hidup di sini dan membangunkan ekonomi wilayah yang merudum.

“Kita berterima kasih kepada sumbangan pembeli rumah pertama. Sardinia menjadi tanah subur bagi mereka yang akan berpindah ke sana atau memutuskan untuk berkeluarga di sini.

“Tidak mungkin ada pertumbuhan tanpa peningkatan sebenar wilayah dan kawasan paling kurang bernasib baik yang mesti melalui dasar baharu untuk mengembangkan populasi semula,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya