Israel, Palestin umum gencatan senjata

Israel, Palestin umum gencatan senjata

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GAZA: Israel dan kumpulan pejuang Jihad Islam Palestin mengumumkan gencatan senjata dengan harapan menamatkan serangan paling serius di sempadan Gaza dalam tempoh lebih setahun.

Gencatan sejata secara rasmi bermula pada pukul 11.30 malam (waktu tempatan) pada Ahad yang bertujuan membendung pertempuran terburuk sejak perang 11 hari, tahun lalu, di Gaza.

Pegumuman tersebut dibuat secara berasingan oleh Jihad Islam dan kemudian disusuli oleh Israel dengan Mesir bertindak selaku orang tengah.

Bagaimanapun, serangan bertubi-tubi termasuk bedilan roket berlaku menjelang gencatan senjata itu, dengan siren amaran dibunyikan di selatan Israel beberapa ketika sebelum dan selepas tempoh akhir ditetapkan.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan tiga minit selepas gencatan senjata bermula, tentera Israel berkata, sebagai tindak balas kepada roket yang dilepaskan ke arah wilayah Israel, tenteranya kini menyerang pelbagai sasaran milik pejuang Islam di Gaza.

Dalam kenyataan lain selepas itu, pasukan tentera Israel berkata, serangan akhirnya dilakukan pada pukul 11.25 malam.

Walaupun kedua-dua pihak bersetuju untuk memulakan gencatan senjata, masing-masing memberi amaran antara satu sama lain akan bertindak balas dengan kekerasan terhadap sebarang keganasan.

Sekurang-kurangnya 44 rakyat Palestin terbunuh, termasuk 15 kanak-kanak dalam pertempuran yang berlangsung sejak Jumaat lalu.-REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya