Iran berdiri teguh bersama rakyat Palestin

Iran berdiri teguh bersama rakyat Palestin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GAZA CITY: Serangan roket oleh Zionis Israel yang memasuki hari kedua menyebabkan kawasan perumahan di Gaza, berdekatan selatan Israel musnah sekali gus mencetuskan kebimbangan selepas 14 bulan perang terakhir berlaku. 

Israel terus meningkatkan serangan dengan melancarkan pesawat perang sehingga memusnahkan empat bangunan kediaman di bandar Gaza. 

Semua lokasi tersebut dicanang-canang oleh Israel kononnya mempunyai kaitan dengan pejuang Jihad Islam. 

Sabtu lalu, satu lagi serangan udara memusnahkan sebuah kereta sehingga meragut nyawa seorang wanita berusia 75 tahun dan mencederakan enam yang lain. 

Jet pejuang Israel turut menggugurkan dua bom di rumah seorang anggota Jihad Islam seperti didakwa Israel. 

Sehingga kini, Kementerian Kesihatan Gaza memaklumkan sekurang-kurangnya 24 rakyat Palestin termasuk enam kanak-kanak terbunuh, manakala, 203 yang lain mengalami kecederaan dalam tempoh dua hari serangan. 

Perkhidmatan Ambulans Israel pula memaklumkan lebih 400 roket dilancarkan ke wilayah haram itu berjaya dipintas dengan siren serangan udara dibunyikan dan penduduk berlari menuju ke tempat perlindungan bom. 

IRAN BAGI AMARAN

Dalam pada itu, Ketua Kor Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC), Hossein Salami menegaskan rakyat Palestin tidak ‘bersendirian’ dalam berdepan serangan Israel. 

“Hari ini, semua keupayaan jihad anti-Zionis berada di tempat kejadian dalam formasi bersatu bagi membebaskan Baitulmuqaddis serta menegakkan hak rakyat Palestin.

“Kami sentiasa bersama anda di jalan ini sehingga titisan darah terakhir dan tidak akan membiarkan rakyat Palestin bersendirian,” katanya semasa bertemu Ketua Kumpulan Jihad Islam, Ziad al-Nakhala di Tehran.

Menurut Hossein, tindak balas Palestin menunjukkan ‘bab baharu’ sudah bermula dan Israel ‘akan membayar harga yang tinggi bagi jenayah baru-baru ini’. 

“Tentangan Palestin lebih kuat berbanding masa lalu, dan kumpulan bersenjata menemui keupayan untuk menguruskan peperangan besar,” jelasnya. 

Kementerian Luar Iran turut mengutuk ‘serangan kejam’ Israel ke atas Gaza. 

Presiden Iran, Ebrahim Raisi berkata, Israel ‘sekali lagi menunjukkan sifat penjajah dan agresif kepada dunia’. 

Iran menyokong penuh Jihad Islam dan Ziad turut mengadakan pertemuan dengan Ebrahim semasa kunjungan ke negara itu. 

Israel menuduh Iran menyeludup senjata kepada kumpulan pejuang Palestin di Gaza. 

Mac lalu, Israel mendakwa berjaya memintas dua dron Iran yang sarat dengan senjata ke Gaza.-AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.