Graduan Hindu terima ijazah sarjana Pendidikan Islam - Utusan Malaysia

Graduan Hindu terima ijazah sarjana Pendidikan Islam

NI Ketut Mayoni sedang memantau pelajarnya di Sekolah Dasar Negeri Batunyala, Lombok Tengah. - KOMPAS   
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Seorang penduduk beragama Hindu dari Lombok Tengah di Indonesia mencipta sejarah tersendiri apabila berjaya memperoleh ijazah sarjana dalam bidang Pendidikan Islam.

Memetik laporan Kompas, Ni Ketut Mayoni, 53, yang merupakan pengetua di Sekolah Dasar Negeri Batunyala, Lombok Tengah menamatkan pengajiannya di Universiti Islam Negeri (UIN) di Mataram.

Ni Ketut meraih kelulusan tertinggi Cum Laude dengan mencatat Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) 3.80 dalam Program Pengajian Pengurusan Pendidikan Islam.

Menurut Ni Ketut, dia dikelilingi dengan rakan dan masyarakat beragama Islam yang membuatkannya sentiasa berasa selesa dan mula meminati adat mereka termasuk ingin mendalami ilmu Pendidikan Islam.  

“Ketika melanjutkan pengajian, saya diterima baik oleh rakan-rakan dan pensyarah. Saya tidak rasa terasing di sana, walaupun berbeza agama, toleransi amat tinggi,” katanya.

Sementara itu, Ni Ketut mengakui dia memilih program pengajian pengurusan Pendidikan Islam kerana ia amat bersesuaian dengan kerjayanya.

Katanya, pekerjaan yang dilakukan ketika ini memerlukan ilmu pengurusan pendidikan. 

“Saya memilih jurusan ini kerana bersesuaian dengan kerjaya sebagai pengetua yang memerlukan kita mendalami ilmu pengurusan termasuk bagaimana menguruskan sekolah dengan lebih efisien,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya