Dua penduduk Palestin maut serbuan tentera Israel di Tebing Barat - Utusan Malaysia

Dua penduduk Palestin maut serbuan tentera Israel di Tebing Barat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NABLUS: Dua penduduk Palestin termasuk seorang pegawai kanan berpangkat komander terbunuh ketika pasukan tentera Israel menyerbu sebuah rumah di bandar Nablus di Tebing Barat.

Tentera Israel dalam satu kenyataan mengesahkan Ibrahim al-Nabulsi maut di bandar di kawasan diduduki Israel.

“Seorang lagi individu yang tinggal di rumah tersebut turut terbunuh,” jelasnya.

Nabulsi merupakan komander Briged Syahid Al-Aqsa, sebuah kumpulan utama di Tebing Barat yang beroperasi di bawah pemerintahan Fatah.

Pertempuran dengan tentera Israel juga tercetus di kawasan lain di Nablus ketika penduduk Palestin melemparkan batu dan objek lain ke arah pasukan keselamatan.

Menurut Persatuan Bulan Sabut Merah, sekurang-kurangnya 30 penduduk Palestin cedera dan seorang dalam keadaan parah.

Pertembungan ganas berlaku dengan puluhan penduduk melontarkan batu dan melemparkan bahan letupan ke arah pasukan keselamatan yang bertindak melepaskan tembakan untuk menyuraikan orang ramai.

Tentera Israel mengesahkan orang ramai mengalami kecederaan dalam kejadian itu.

“Semua anggota sudah meninggalkan bandar dan pasukan kami tidak mengalami kecederaan,” jelasnya. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN