Calon Presiden Panama hantar SOS masa helikopter terhempas

Calon Presiden Panama hantar SOS masa helikopter terhempas

DIMITRO FLORES terlibat kemalangan selepas helikopter dinaiki terhempas di barat Panama. -BBC
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PANAMA: Calon Presiden Panama memuat naik isyarat kecemasan antarabangsa (SOS) yang penuh dramatik dalam media sosial selepas helikopter yang dinaikinya terhempas dalam hutan. 

Lapor BBC, Dimitri Flores memuat naik video di lokasi kejadian selepas helikopter tersebut terbabit kemalangan di kawasan pergunungan, barat Panama. 

Difahamkan, helikopter itu membawa enam penumpang termasuk Flores. 

Katanya, beberapa penumpang lain dilaporkan turut mengalami kecederaan. 

“Helikopter terhempas. Namun, kami bersyukur sebab masih hidup walaupun ada yang patah kaki dan tangan,” katanya. 

Bagaimanapun, Flores tidak menjelaskan punca sebenar kemalangan tersebut. 

Flores adalah seorang peguam yang merupakan antara calon merebut jawatan Presiden bagi Pilihan Raya 2024. 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.