Bekas pesalah rasuah boleh bertanding Pemilu 2024

Bekas pesalah rasuah boleh bertanding Pemilu 2024

BEKAS pesalah rasuah boleh bertanding dalam Pilihan Raya Umum 2024 dengan syarat sudah selesai menjalani hukuman penjara. - DETIKNEWS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Bekas pesalah kes rasuah yang sudah selesai menjalani hukuman penjara boleh mendaftar sebagai calon legislatif Dewan Perwakilan Rakyat (DPR), Dewan Perwakilan Daerah (DPD) dan Dewan Perwakilan Rakyat Daerah (DPRD) pada Pilihan Raya Umum (Pemilu) 2024.

Lapor CNN Indonesia, undang-undang mengenai syarat calon legislatif termaktub dalam Undang-Undang Nombor 7 tahun 2017 mengenai Pilihan Raya Umum.

Dalam undang-undang tersebut, tiada larangan khusus bagi mana-mana bekas pesalah rasuah untuk mendaftar sebagai calon DPR dan DPRD dalam pemilu akan datang.

Sekiranya bekas pesalah ingin mendaftar, mereka hanya diwajibkan mengumumkan kepada umum bahawa mereka pernah menjalani hukuman penjara dan sudah selesai dengannya.

Suruhanjaya Pilihan Raya Indonesia (KPU) bakal membuat peraturan mengenai syarat pencalonan anggota DPR dalam Pemilu 2024, namun tidak boleh bertentangan dengan Undang-Undang Pilihan Raya.

KPU tidak boleh membuat peraturan yang mengandungi larangan bagi bekas pesalah rasuah untuk mendaftar sebagai calon DPR dan DPRD pada Pemilu 2024.

Menjelang Pemilu 2019, KPU pernah membuat peraturan yang menghalang mana-mana bekas pesalah rasuah mendaftar sebagai calon sebelum dibatalkan oleh Mahkamah Agung Indonesia.

Pada tahun itu, seramai 49 bekas pesalah rasuah bertanding dalam pemilu dangan 40 daripadanya menjadi calon DPRD dan sembilan lagi calon DPD.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN