Barat gesa Russia dihalang hadir sidang kemuncak G20

Barat gesa Russia dihalang hadir sidang kemuncak G20

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Menteri Luar United Kingdom menegaskan Russia ‘tidak mempunyai moral’ sekiranya menghadiri sidang kemuncak pemimpin dunia G20 di Bali, November depan.

Gesaan itu disuarakan susulan konflik di Ukraine belum berkesudahan sehingga sekarang.

Pada masa sama, calon Perdana Menteri Britain, Rishi Sunak turut menyeru negara G20 menghalang Vladimir Putin sehingga Moscow menghentikan serangan di Kyiv.

Indonesia akan mempengerusikan mesyuarat yang terdiri dari 20 negara ekonomi utama di dunia.

Sebelum ini, Indonesia menerima tekanan dari negara-negara Barat supaya menarik balik jemputan kepada Putin, susulan serangan Moscow di Kyiv sejak 24 Februari lalu.

Bagaimanapun, Jokowi kekal mengambil peranan sebagai orang tengah di antara kedua-dua negara yang berperang itu.

Beliau malah sudah mengadakan pertemuan dengan kedua-dua Presiden Ukraine dan Russia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN