Banjir: Sudan isytihar darurat bencana di enam wilayah - Utusan Malaysia

Banjir: Sudan isytihar darurat bencana di enam wilayah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KHARTOUM: Kerajaan Sudan mengisytiharkan darurat bencana akibat hujan lebat dan banjir di enam wilayah di negara itu.

Agensi berita SUNA melaporkan Majlis Menteri dalam satu mesyuarat mengisytiharkan perintah tersebut susulan bencana banjir yang menjejaskan enam wilayah di Sudan.

Ia turut membabitkan Sungai Nil, Gezira, Nil Putih, Kordofan Barat, Darfur Selatan dan Kassala.

Sebahagian besar kawasan di Sudan dilanda banjir dan hujan lebat yang tidak pernah berlaku sebelum ini.

Berdasarkan laporan Majlis Kebangsaan untuk Pertahanan Awam Sudan, angka kematian akibat bencana itu meningkat kepada 80 orang.

Data dari Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan, kira-kira 136,000 penduduk Sudan terjejas akibat banjir dan hujan lebat sejak Jun lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya